Isnin, 21 Mac 2011

kesian....

aku kesian melihat murid2ku......
ade yg tidak mengetahui huruf2 hija'iyyah, ade yg tidak tau mengucap dan bayk lg lah......
maka dari saat inilah aku perlu mengajar mereka supaya dapat membaca dan sebagainya......
aku berharap murid2ku dapat membaca al-Qur'an dan jawi sebelum tamat persekolahan sekolah rendah..........

Ahad, 13 Februari 2011

DOA KELUAR DARI RUMAH

بسم الله توكلت على الله ولا حول ولا قوة إلا بالله

"Dengan nama Allah (aku keluar), aku bertawakkal kepadaNya, dan tiada daya dan upaya kecuali dengan Allah".

Khamis, 31 Disember 2009

harga gula naik...

Gula naik 20 sen sekilo hari ini

PUTRAJAYA 31 Dis. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM1.65 sekilogram di Semenanjung, serta RM1.75 sekilogram di Sabah dan Sarawak berkuat kuasa 12 tengah malam ini.

Kementerian itu pada masa sama menarik balik subsidi ke atas harga roti putih yang sebelum ini dikategorikan sebagai barang kawalan.

Ketua Setiausahanya, Datuk Mohd. Zain Mohd. Dom berkata, kenaikan harga gula tidak dapat dielakkan berikutan kenaikan harga gula mentah dunia terutama sejak Ogos lalu.

Beliau berkata, kerajaan bagaimanapun masih menanggung kos subsidi gula yang besar sebanyak RM1.008 bilion walaupun selepas harga gula dinaikkan sebanyak 20 sen.

“Berdasarkan anggaran penggunaan gula dalam negara pada 2010 sebanyak 1.26 juta tan metrik, tanggungan subsidi gula oleh kerajaan akan meningkat kepada RM1.26 bilion pada 2010 berbanding RM720 juta pada 2009 jika harga gula dikekalkan.

“Mengambil kira senario ekonomi pada masa ini, kerajaan bersetuju untuk mengekalkan pemberian subsidi gula dengan hanya menaikkan harga gula sebanyak 20 sen,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, walaupun harga gula di Malaysia dinaikkan tetapi ia masih rendah jika dibandingkan dengan negara lain di rantau Asia Tenggara.

“Harga baru gula di Semenanjung ialah RM1.65 sekilogram berbanding Thailand (RM2.50), Singapura (RM3.05), Indonesia (RM3.40) dan Filipina (RM3.62),” katanya.

Mohd. Zain menegaskan, kenaikan harga gula sebanyak 20 sen hanya akan membawa kesan kenaikan harga yang minimum ke atas produk berasaskan gula termasuk makanan dan minuman.

“Kenaikan tertinggi melibatkan krimer pekat manis seberat 505 gram dengan anggaran kandungan gula 228 gram, kosnya cuma naik 4.6 sen sahaja atau kurang daripada 5 sen.

“Secawan teh tarik dengan anggaran gula 40 gram hanya akan mengalami kesan kenaikan 0.8 sen, iaitu kurang daripada 1 sen,” katanya.

Mengenai roti putih pula, beliau berkata, barangan makanan tersebut akan ditarik keluar daripada skim kawalan harga juga mulai 1 Januari ini.

“Roti putih dikawal pada 2009 dan diberi subsidi supaya harganya berada di tahap tertentu, kerajaan bagaimanapun tidak beri subsidi lagi mulai 2010.

“Peniaga (roti) tidak boleh naik harga roti putih pada malam ini tetapi boleh naik selepas 1 Januari berdasarkan pertimbangan mereka dan keadaan pasaran,” katanya.

selamat tahun baru.

Selamat tahun baru.......
moga tahun 2010 ini memberi brakah kepada diri ini dan orang lain.....

Ahad, 27 September 2009

bilal bin robah

( Sahabat, wafat pada tahun 20 H, dalam usia 60 tahun ) Mu`adzin pertama yang selalu suci

Sebagai keturunan Afrika mewarisi warna kulit hitam, rambut keriting, dan postur tubuh yang tinggi. Khas orang Habasyah ( Ethiopia sekarang ). Bilal pada mulanya adalah budak milik Umayyah bin Kholaf, salah seorang bangsawan Makkah. Karena keIslamannya diketahui tuannya, Bilal diseksa dengan amat keras, hinggga mengundang reaksi dari Abu Bakar yang kemudian membebaskannya dengan sejumlah tebusan. Kerana tebusan ini, Bilal mendapat sebutan Maula Abu Bakar , atau orang yang dibeli untuk bebas oleh Abu Bakar, bukan untuk dijadikan budak kembali.

Muhammad bin Ibrahim at-Taimy meriwayatkan , suatu ketika Rasulullah wafat dan belum dikubur, Bilal mengumandangkan azan. Saat Bilal menyeru : Asyhadu anna Muhammmadarrasulullah…., orang-orang yang ada dimasjid menangis. Tatkala Rasulullah telah dikubur, Abu Bakar berkata "Azanlah wahai Bilal". Bilal menjawab, "Kalau engkau dahulu memebebaskanku demi kepentingannmu, aku akan laksanakan, Tapi jika demi Allah, maka biarkan aku memilih kemahuanku." Abu Bakar berkata "Aku membebaskanmu hanya demi Allah'. Bilal berkata," Sungguh aku tak ingin azan untuk seorang pun sepeninggal Rasulullah ". Kata Abu Bakar, "Kalau begitu terserah kau".

Zurr bin Hubaisy berkisah, Yang pertama menampakkan keIslaman adalah Rasulullah, kemudian Abu Bakar, Ammar dan ibunya, Shuhaib, Bilal dan Miqdad. Rasulullah dilindungi pamannya, Abu Bakar dibela sukunya, Adapun yang lain orang-orang musyrik menyiksa mereka dengan memakai baju besi dibawah terik matahari. Dari semua itu yang paling terhinakan adalah Bilal karena paling lemah posisinya ditengah masyarakat.
Orang-orang musyrik menyerahkannya kepada anak-anak untuk diarak ramai-ramai dijalan-jalan Makkah. Ia tetap tegar dengan selalu menyatakan , Ahad…Ahad… Bilal mendapat pendidikan zuhud langsung dari Rasulullah. Suatu ketika Rasulullah datang kepada Bilal yang disisinya ada selonggok kurma. Rasulullah : "Untuk apa ini, Bilal ?" Bilal, "Ya, Rasulullah aku mengumpulkannya sedikit demi sedikit untukmu dan untuk tamu-tamu yang datang kepadamu." Rasulullah, "Apakah kamu tak mengira itu mengandung asap neraka ?" Infakkanlah, jangan takut tidak mendapat jatah dari Pemilik Arsy."

Buraidah mengisahkan, suatu pagi Rasulullah memanggil Bilal, berkata , " Ya Bilal, dengan apa kamu mendahuluiku masuk syurga ? Aku mendengar gemerisikmu didepanku. Aku ditiap malam mendengar gemerisikmu." Jawab Bilal "Aku setiap berhadats langsung berwudhu dan sholat dua raka`at." Sabda Nabi S.A.W," Ya, dengan itu ".

Sabtu, 19 September 2009

belum ad lagi ape2.....

ak bru saje membuat blog nie.......
jdi tidak ad ape2 lg maklumat yg ingin letak....
namun selepas hari raya akan ak mula rajin untuk meletak maklumat.....